Sunday 11 March 2012

PERTANDINGAN MEWARNA PPKI SEMPENA SAMBUTAN BULAN MERDEKA~17 OGOS 2011

Pada 17 Ogos 2011, semua murid PPKI terlibat dengan pertandingan mewarna sempena sambutan bulan Merdeka peringkat sekolah bersama-sama dengan murid-murid prasekolah SK.Pekan Sipitang. Pertandingan yang bermula pada sekitar jam 9.30 pagi berjalan selama lebih kurang satu jam lebih di perkarangan Dewan Bestari yang melibatkan aktiviti mewarna poster bertemakan Kemerdekaan yang telah disediakan oleh Cikgu Fauziah Banu dan Ustazah Siti Zubaidah. Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan di kalangan murid PPKI.


Murid-murid PPKI berkumpul di perkarangan Dewan Bestari SK.Pekan Sipitang.


Duduk bersila sementara menunggu poster mewarna diedarkan.


Termangu sendirian...Shaila mungkin sedang mengumpul tenaga untuk pertandingan mewarna yang akan dimulakan sebentar lagi.




Sehingga berbaring...Ateka mewarnakan poster dengan tekun.




Seakilla sedang mewarnakan poster.

Velston (murid ADHD & Autisme) sedang mewarnakan gambar pada poster.

Gelagat Firdaus mewarnakan poster.

Allan mewarnakan gambarajah bulan pada poster Kemerdekaan.

Murid-murid prasekolah (beruniform serba biru) dengan murid-murid PPKI berkumpul di perkarangan Dewan Bestari mewarnakan poster kemerdekaan.

Bibi yang sedang leka mewarnakan poster.

Guru Besar, En. Asli Hj. Moksin, Guru Besar ditemani oleh  Penolong Kanan KOKUM sekolah, En. Linggam Osman, sedang meninjau suasana pertandingan mewarna yang sedang berjalan.

Jianah dan Ateka...warna cantik-cantik, okay :) 








No comments:

Post a Comment