Friday 10 February 2012

GERAI PIBG PPKI SK.PEKAN SIPITANG SEMPENA PESTA GATA SIPITANG 2011

Pada 30 Jun hingga 3 Julai 2011, Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI SK.Pekan Sipitang dengan jayanya telah merealisasikan aktiviti berjual beli sempena perayaan pesta Gata Sipitang 2011. 

Gerai PIBG PPKI yang mula beroperasi seawal jam 6.30 pagi hingga jam 10.30 malam boleh mampu memberikan saingan kepada gerai-gerai yang lain dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung-pengunjung gerai Tamu Besar Sipitang.

Oleh kerana masa gerai beroperasi adalah sepanjang masa Pesta GATA iaitu selama 4 hari dari jam 7.00 pagi sehingga jam 10.00 malam, kesemua ibu bapa dan guru PPKI yang terlibat bergilir menjaga gerai PIBG berdasarkan kepada jadual bertugas yang telah disediakan oleh penyelaras PPKI, Cikgu Mohd.Najib. 

Pelbagai jenis jualan yang terdapat dan disediakan di gerai PIBG PPKI SK.Pekan Sipitang, di antaranya ialah minuman sejuk seperti air kelapa, cendol, minuman tin, minuman dalam botol, air kotak dan air limau, nasi campur, mee goreng telur , kek lapis Sarawak dan makanan ringan. 

Hampir kesemua jenis jualan adalah sumbangan daripada ibu bapa dan guru PPKI yang kemudiannya hasil pendapatan jualan tersebut disalurkan terus ke tabung PIBG PPKI. 


Di antara jenis jualan yang ada di gerai sumbangan daripada ibu bapa PIBG PPKI.


Di antara jenis minuman yang dijual sumbangan daripada ahli-ahli PIBG PPKI.

Beras kampung pun ada.

Nasi campur dan mihun goreng dalam tapau juga ada dijual.

Kek lapis Sarawak juga dijual di gerai PIBG PPKI SK.Pekan Sipitang

Bookmark atau penanda buku yang direka oleh Ustazah Siti Zubaidah turut dijual dan hasil jualan penanda buku akan disalurkan terus ke tabung PIBG PPKI. 

Tabung PIBG PPKI SK.Pekan Sipitang

Gelagat ibu bapa dan guru-guru PPKI yang sibuk membuka dan menyusun jualan gerai.

Murid PPKI SK.Pekan Sipitang...Nasriq dan Riduan yang turut sama berkunjung dan membantu ibu mereka di gerai.

Menyusun jualan di hadapan gerai pada setiap pagi.


Cikgu Mohd.Najib sedang melayan pelanggan yang sedang membeli 'tapau' di gerai PIBG PPKI.

Menyusun meja ke hadapan gerai.
Timbalan pengerusi PIBG, Puan Yana dan ibu-ibu PIBG PPKI yang sentiasa rajin dan setia datang bertugas pada setiap hari pada sepanjang Pesta Gata.
 

Jangan pandang-pandang saja, beli terus...di antara pengunjung gerai yang tertarik dengan jualan gerai PIBG PPKI.



Murid-murid PPKI turut sama turun padang menyertai dan menemani ibu bapa mereka bertugas semasa Pesta Gata. 

Ustazah Siti Zubaidah sedang menyediakan sirap beku sebelum dijual kepada pelanggan gerai.

Keadaan gerai PIBG PPKI pada hari ketiga Pesta Gata 2011.

Tuan punya gerai minuman Lo Han Ko yang berjual di gerai turut sama memberikan sumbangan kepada hasil jualan gerai PIBG PPKI.

Cikgu Latifah, guru aliran perdana SK.Pekan Sipitang turut berkunjung ke gerai PIBG PPKI.

Keadaan gerai PIBG PPKI pada hari terakhir Pesta Gata 2011.


Peace!...Cikgu Tiara (berbaju merah dan berkaca mata hitam) turut turun padang membuka gerai makanan semasa Pesta Gata 2011.


Di antara wajah-wajah peserta untuk acara tarik tali dan pengunjung semasa Pesta Gata.

Meneliti barang-barang rampasan...adik Sazlan sempat berkunjung ke pondok pameran Kastam.


Acara kegemaran ramai...acara Tarik Tali yang melibatkan peserta di antara daerah Sabah dan negara Brunei.

Besarnya badan peserta acara Tarik Tali ni semua!

Tarik sekuat hati!!!...Gelagat peserta acara Tarik Tali yang bertekad untuk menang.
Gerai menjual ikan perhiasan dan adik Karulazuan yang gembira dengan ikan perhiasan yang baru dibelinya.





Suasana gerai PIBG PPKI pada lewat petang pada hari terakhir Pesta Gata.

Ibu bapa, guru dan murid PPKI bergambar di hadapan gerai PIBG PPKI.

Bergambar sebelum banner diturunkan dan gerai dikemaskan.
Menurunkan banner gerai.

Ibu bapa dan guru PPKI bekerjasama menurunkan banner dan mengemaskan gerai PIBG PPKI.




Walaupun terasa letih kerana bertugas menjaga dan berusaha gigih menarik pelanggan untuk membeli jenis jualan di gerai PIBG PPKI, namun hasil yang diperolehi agak memberangsangkan dan mampu memuaskan hati kesemua anggota PIBG PPKI yang telah bertungkus-lumus pada sepanjang Pesta Gata.

Malahan, perkara yang amat penting ialah apabila aktiviti seumpama ini mampu merangsang kerjasama dan mengeratkan lagi perhubungan sesama ahli PIBG PPKI. 

Diharapkan agar aktiviti yang telah lama dirancang dan telah terlaksana ini dapat memberikan satu kenangan indah yang bermakna dan mampu memberikan motivasi serta inspirasi bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain di dalam memartabatkan lagi imej PPKI SK.Pekan Sipitang.

No comments:

Post a Comment