Saturday 17 March 2012

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN PROGRAM SUKARELAWAN PDK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-54

Pada 20 Ogos 2011, semua guru dan murid-murid PPKI SK.Pekan Sipitang telah dijemput untuk meraikan bersama Majlis Perasmian dan Penutupan Program Sukarelawan PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) sempena Bulan Kemerdekaan ke-54 yang bertempat di PDK SFI, Sipitang yang telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Ahmad bin Haji Bujang, ADUN N.28 Sindumin merangkap Pengerusi NADI N.28 Sindumin.

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di PDK SFI tersebut, murid-murid PPKI SK.Pekan Sipitang juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Mewarna dan Pakaian Beragam bersama-sama dengan pelatih PDK yang dijalankan di bangunan PDK.


Rajinnya!...Guru-guru PPKI bukan sahaja penyayang, malahan rajin membantu menyusun beg-beg kertas cenderahati yang akan diedarkan kepada semua murid dan pelatih PDK.

Pentas Mini Dewan PDK, SFI, Sipitang.

Seperti yang telah dimaklumkan beberapa hari lebih awal kepada pihak PPKI SK.Pekan Sipitang, semua murid PPKI dijemput untuk menyertai pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu pertandingan mewarna dan pakaian beragam sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut. 

Walau bagaimanapun, oleh kerana kedua-dua kategori pertandingan dijalankan serentak pada masa yang sama, seorang murid hanya boleh mengikuti satu kategori pertandingan sahaja. Kedua-dua kategori pertandingan yang dijalankan di bilik berlainan bertempat di bangunan PDK.


Para peserta untuk kategori Pakaian Beragam berkumpul di sebuah bilik sementara menunggu pertandingan dimulakan.

Shaila dan Ateka masing-masing berpakaian merah jambu dan biru malahan bersolek ala-ala artis gitu.

Cantik dan berwarna-warni...Salah seorang daripada pelatih PDK berpakaian suku kaum Murut.

Tersenyum ceria...seorang lagi pelatih PDK siap sedia dengan pakaian tradisinya.

Para juri yang adil dan saksama...salah seorangnya adalah penyelaras PPKI SK.Pekan Sipitang, Cikgu Mohd.Najib.






Seorang daripada pelatih PDK menggayakan pakaian tradisi kaum Murut.

Amboi, pandainya bergaya! 

Pelatih PDK yang menggayakan pakaian Melayu serba birunya.

Juga serba biru dan berbendera Malaysia dan Sabah...Adik kepada Seakilla (Seakilla adalah salah seorang murid PPKI) turut tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan pakaian beragam.
Gaya ala-ala model gitu...juga pelatih PDK dengan pakaian suku kaum Lundayeh. 

Bergaya sambil beraksi...Sazlan memperagakan baju Melayu serba kuningnya sambil mengibarkan bendera Malaysia.

Memperkenalkan Ratu Kebaya PPKI SK.Pekan Sipitang, Shaila :)
 
Ratu Cantik PPKI SK.Pekan Sipitang, Ateka.


Salah seorang pelatih PDK yang ayu dan comel.



Velston berjalan dengan selamba menggayakan pakaian suku kaum Kadazan.

Tampak seperti pahlawan Lundayeh...Fiemar memperagakan pakaian suku kaum Lundayeh siap dengan tombaknya sekali.


Jeckson salah seorang daripada murid PPKI SK.Pekan Sipitang menggayakan pakaian tradisi suku kaum Murut.

Beradab sopan sungguh...Jeckson sempat bersalaman dengan semua juri semasa dan selepas memperagakan pakaian tradisinya. Ambil hati juri keee? 

Roshan dan pakaian ala Cowboy. Comel!

Tersenyum sambil berposing...Daphne yang ceria dan peramah.

Cikgu Najib bergambar dengan Fiemar yang bak pahlawan Lundayeh. 

Mari bergambar bersama...Jeckson, Fiemar dan adik comel PDK.

Para peserta bersedia untuk memulakan pertandingan mewarna.
Tekun mewarna...reaksi murid-murid PPKI dan pelatih PDK semasa pertandingan mewarna berjalan.



Fokus...Karulazuan mewarnakan poster Kemerdekaannya secantik mungkin.



Setelah berakhirnya pertandingan pakaian beragam dan mewarna yang dijalankan serentak di bangunan PDK, semua ibu bapa, guru, murid PPKI dan pelatih PDK diarahkan untuk beredar ke Mini Dewan PDK untuk acara perasmian dan penutupan. 


Ahli-ahli Lions Club Sipitang yang turut hadir bersama semasa majlis tersebut.
Testing mic, one, two three... 
Tuan Haji Zainal bin Timbang (tengah) bekas Guru Besar SK.Pekan Sipitang yang telah bersara pada tahun 2010 turut hadir bersama sempena majlis perasmian dan penutupan tersebut. 

Murid-murid PPKI berbaris di luar dewan sebelum naik ke pentas mini dewan. 
Murid-murid lelaki PPKI berbaris di atas pentas.



Tanpa disangka dan bukan dirancang (tidak termasuk dalam sesi latihan sebelum ini)...Jeckson dengan berani menuju seorang diri ke arah mikrofon dan menyanyikan lagu bersama-sama dengan murid-murid PPKI yang lain.

Para pemenang untuk pertandingan pakaian beragam dan mewarna berbaris di luar dewan untuk acara penyampaian hadiah. 
Barisan tetamu kehormat bersedia untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. 
Alyaa menang pertandingan mewarna tempat kedua. Tahniah Alyaa! 

Ateka menerima hadiah yang disampaikan oleh YB Tuan Haji Ahmad bin Haji Bujang kerana memenangi tempat kedua untuk pertandingan pakaian beragam. 
Tahniah Jeckson kerana memenangi tempat pertama untuk pertandingan pakaian beragam. 
Tersenyum bangga...Tahniah Jianah kerana memenangi tempat pertama pertandingan mewarna.
Walaupun sambutan Majlis Perasmian dan Penutupan Program Sukarelawan PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) sempena Bulan Kemerdekaan ke-54 tersebut dijalankan pada bulan puasa, namun semua murid dan guru PPKI SK.Pekan Sipitang tetap mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan mampu memberikan inspirasi, pengetahuan dan pengalaman berguna kepada semua pihak yang terlibat. 




No comments:

Post a Comment