Sunday 29 April 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI LAHIR MURID PPKI ~ 22 SEPTEMBER 2011

Majlis sambutan Hari Lahir murid PPKI fasa 2 bagi tahun 2011 diraikan sekali lagi sekaligus menyaambut bersama Hari Raya Aidilfitri pada 22 September 2011 iaitu apabila seramai 12 orang murid PPKI diraikan pada majlis tersebut. 


Majlis sambutan tersebut juga diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan Penolong Kanan PPKI baru iaitu Puan Hajijah @ Azizah bt. Hj. Kassim ke PPKI SK.Pekan Sipitang. 


Penyampaian sijil penghargaan turut disampaikan kepada ibubapa dan guru-guru PPKI oleh Guru Besar SK.Pekan Sipitang, En.Asli Haji Moksin bagi menghargai jasa dan usaha semua pihak terlibat semasa pameran Gerai PIBG PPKI pada Pesta Gata 2011. 





















Setelah Guru Besar SK.Pekan Sipitang selesai memberikan ucapan pada majlis sambutan tersebut, seterusnya adalah sesi penyampaian sijil penghargaan kepada ibu bapa dan guru-guru PPKI yang terlibat dengan jualan Gerai PIBG PPKI sempena Pesta Gata 2011 





















































































































Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PPKI yang berlangsung lebih kurang 2 jam pada hari tersebut berjalan dengan lancar, meriah dan mampu mengeratkan lagi hubungan ibu bapa, guru dan murid-murid PPKI. Oleh itu, diharapkan agar pada masa akan datang sambutan seumpama ini dapat diteruskan lagi dengan kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat.