Sunday 4 March 2012

KOKUM KELAB BAHASA MELAYU PPKI ~ 20 JULAI 2011

Pada 20 Julai 2011, sekali lagi KOKUM Kelab Bahasa Melayu dilaksanakan di ruang dapur PPKI pada masa dan tempat yang sama. Pada minggu tersebut, semua murid-murid PPKI berpeluang mempelajari tentang ciri-ciri dan cara mengarang serta membaca Pantun Teka-Teki sebagaimana yang diterangkan dengan jelas oleh Cikgu Fauziah Banu iaitu selaku guru penasihat bagi Kelab Bahasa Melayu PPKI.


Murid-murid PPKI menyanyikan lagu ABC bersama-sama sebagai pembuka sesi kokum Kelab Bahasa Melayu pada hari tersebut.



Sesi penerangan tentang Pantun kepada murid-murid PPKI oleh Cikgu Fauziah Banu.

Adik Nouvir dengan berani berdiri mempersembahkan pantuan teka-teki dua kerat untuk diperdengarkan kepada guru-guru dan rakan-rakan.

Rakan sekelas Nouvir, Sazlan turut tidak ketinggalan mempersembahkan pantun teka-teki dua kerat yang dihafalnya.

Jianah dan Ateka membaca pantun teka-teki pada persembahan Multimedia.

Murid-murid melakukan aktiviti menulis pantun daWAn mewarna gambarajah pada lembaran kerja yang telah diedarkan.

No comments:

Post a Comment