Monday 5 March 2012

KOKUM BSMM PPKI~27 JULAI 2011

Pada minggu keempat bulan Julai 2011, sekali lagi Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengendalikan sesi KOKUM PPKI yang melibatkan semua guru, PPM dan murid-murid PPKI. Pada minggu tersebut, semua ahli BSMM PPKI berpeluang mempelajari tentang Jenis-Jenis Ubat.

Rasional di sebalik mempelajari tentang jenis-jenis ubat di kalangan murid PPKI adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan jelas kepada murid tentang kaedah mengenalpasti ciri-ciri dan cara mengambil ubat yang sesuai. 

Semua murid PPKI berdiri bersedia untuk memulakan sesi KOKUM BSMM.

Murid-murid PPKI menyanyikan lagu BSMM bersama-sama.

Sesi penerangan tentang jenis-jenis ubat kepada murid-murid PPKI.

Gambarajah contoh ubat jenis pil ditunjukkan dengan menggunakan persembahan Multimedia.

Jianah berdiri membaca penerangan ringkas pada persembahan Multimedia.

Contoh atau sampel ubat jenis pil kepada murid-murid PPKI.


Contoh atau sampel ubat diedarkan kepada murid untuk dilihat.
Untuk dilihat sahaja,ya. Bukan untuk dimakan. 

Menunjukkan sambil menerangkan jenis ubat cecair kepada murid-murid PPKI berdasarkan kepada persembahan Multimedia.

Murid menyiapkan lembaran kerja dengan menulis dan mewarna gambarajah jenis ubat.

Bibi sempat tersenyum ke arah kamera...mentang-mentang ada Kakak Aini bantu warnakan gambar.

Murid-murid kelas Teratai melakukan aktiviti menulis dan mewarna pada lembaran kerja sambil dibantu oleh PPM dan Cikgu Fauziah Banu.

No comments:

Post a Comment