Wednesday 26 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN KRISMAS & HARIJADI MURID PPKI SK.PEKAN SIPITANG (BULAN JANUARI-JUN) 2011



Sejak program Pendidikan Khas di SK.Pekan Sipitang ditubuhkan, sambutan Krismas & Harijadi Murid PPKI secara tradisinya diadakan pada setiap tahun. Oleh itu pada Jumaat, 18 Februari 2011, PPKI SK.Pekan Sipitang telah mengadakan Majlis Sambutan Krismas & Harijadi Murid PPKI yang lahir pada bulan Januari hingga Jun yang melibatkan seramai sembilan orang murid PPKI sebagai penerima hadiah sempena sambutan harijadi pada hari tersebut.

Majlis sambutan seumpama ini diadakan khususnya bagi meraikan seluruh warga Pendidikan Khas di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ibu bapa, guru-guru dan tetamu yang diundang. Pada masa yang sama, sambutan ini juga diadakan untuk memberikan peluang kepada warga Pendidikan Khas agar dapat merasai suasana sambutan pelbagai agama dan kaum serta memupuk sikap hormat-menghormati serta toleransi.

Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan  oleh Guru Besar SK.Pekan Sipitang, En.Asli bin Hj Moksin sekaligus diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah hari lahir kepada murid-murid PPKI.

Acara kemuncak majlis tersebut adalah menyanyikan lagu dan memotong kek harijadi oleh murid PPKI sambil disaksikan oleh ibubapa dan guru-guru serta kakitangan SK.Pekan Sipitang.




Di antara reaksi murid PPKI sebelum acara majlis sambutan bermula.


Amboi..amboi..Santainya dia sampai terbaring-baring gitu...


"Itu macam gambar anak saya," agaknya kata salah seorang ibu murid PPKI yang
hadir pada majlis tersebut.


Tiup belon sambil disaksikan oleh murid-murid PPKI.




Saya dan topi harijadi saya :) 


Bermain dengan rakan dulu sebelum terima hadiah harijadi.


Kek harijadi @ hari lahir - kek Cheese yang sedap.


Cikgu Fauziah Banu posing dengan kek harijadi yang telah siap disediakan. 


Ketibaan ibu bapa murid PPKI yang disambut mesra oleh guru-guru PPKI.


"Peace!" Di antara ibu-ibu murid PPKI yang setia hadir ke setiap majlis harijadi murid PPKI pada setiap tahun.


Ucapan pembukaan majlis sambutan oleh penyelaras PPKI En.Mohd Najib bin Mohd. Shafie.


Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk.Pekan Sipitang, En. Asli bin Haji Moksin.


Comelnya adik ni senyum. Terima kasih kerana sudi hadir dengan mama :) 


Murid beratur sebelum dipanggil untuk menerima hadiah harijadi.


Guru Besar SK.Pekan Sipitang menyampaikan hadiah harijadi kepada adik Adlin yang lahir pada bulan Februari.


Adik Nasriq sempat memandang ke arah kamera sambil menerima hadiah harijadinya.


Sama-sama pakai baju Melayu warna biru. Adik Aiman menerima hadiah harijadinya.


Adik Izzat dan hadiah harijadinya.


Selepas semua penerima hadiah menerima hadiah harijadi, semua murid PPKI berkumpul di hadapan kek untuk acara menyanyikan dan memotong kek harijadi.


Murid-murid PPKI sedang menjamu selera.




Para ibu murid-murid PPKI bersiap-sedia untuk menjamu selera.


Sila menjamu selera ~


Cikgu Najib tolong dukung anak dulu sementara ibunya menjamu selera.


'Peace!" lagi aksi 'peace' dari adik Dewi pula.


Cikgu tolong suap makanan kepada murid PPKI. 

No comments:

Post a Comment