Sunday 20 November 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGERI SABAH DAN KOMPLEKS MEMBELI-BELAH 1BORNEO, 31 MAC 2011

31 Mac 2011 adalah merupakan hari yang dinantikan-nantikan oleh semua ibu bapa, guru-guru, kakitangan dan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK.Pekan Sipitang apabila aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negeri Sabah dan Kompleks Membeli-Belah 1Borneo akhirnya terlaksana. 

Program ini merupakan salah satu daripada program tahunan dalam aktiviti riadah sosial yang bertujuan untuk memberikan peluang sebenar kepada murid PPKI dalam konteks riadah sambil belajar di samping bertujuan untuk meningkatkan lagi aspek kemahiran sosial dan kerohanian murid. 
    
     
Teruja dan sudah bersedia untuk bertolak ke Kota Kinabalu - Baju tema warna oren PPKI SK.Pekan Sipitang untuk lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Sabah & 1Borneo, Kota Kinabalu.

Murid PPKI yang menyertai lawatan sambil belajar diwajibkan memakai
tag nama yang telah disediakan oleh guru.

Sazlan & Nasriq menunjukkan tag nama mereka masing-masing.

Beredar ke luar sekolah untuk menaiki bas. 

Baca doa sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Murid-murid PPKI beratur sebelum bergerak menaiki bas yang telah disediakan.

Murid-murid PPKI duduk bersama-sama dengan ibu bapa semasa
di dalam bas. Rombongan lawatan bertolak dari Sipitang pada sekitar jam 8 pagi.

Gambar pertama yang diambil bersama-sama dengan ibu bapa, guru-guru
dan murid-murid PPKI setiba di perkarangan Muzium Negeri Sabah.
Rombongan tiba di Muzium Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi.

Bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan barisan kereta-kereta antik.



Gerai muzium potret & karikatur.

"Wah! Giantnya 'basung' itu!." 


Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk bangunan Muzium Negeri Sabah.

Melawat bangunan Pusat Sains & Teknologi.
Bangunan ini umumnya mempamerkan sejarah dan peralatan yang berkaitan
dengan 
pengeluaran minyak dan gas di Sabah,
penyiaran di Sabah dan Keretapi Utara Borneo di Sabah.


Sesi melihat dan mendengar taklimat ringkas melalui tayangan video. 



Lukisan keretapi yang menarik pada dinding bangunan.

Mini replika keretapi yang unik.



Di antara peralatan menarik di bahagian pameran Keretapi Utara Borneo.













Ruang pameran bahagian penyiaran di Sabah.

Di antara barang atau peralatan menarik yang dipamerkan di bahagian pameran penyiaran Sabah.







Menaiki jambatan gantung yang terdapat di Kampung Warisan Muzium Negeri Sabah.


Melawat rumah pelbagai kaum dan etnik di Sabah.






Bermain dengan lansaran di rumah panjang orang Murut.


Jangan pandang atas. Ada tengkorak. 

Sesi bergambar rombongan lawatan setelah selesai sesi lawatan di Muzium Negeri Sabah.

En.Mohd Najib selaku penyelaras PPKI menyampaikan cenderahati sebagai
tanda penghargaan kepada wakil muzium yang mengiring rombongan lawatan.

Bersalaman dengan wakil muzium sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.

Berhenti rehat untuk makan tengahari di Teluk Likas.
Murid-murid PPKI sempat bermain sebelum menikmati makan tengahari.

Lapar...semua ahli rombongan makan tengahari bersama-sama.



Murid beratur semula sebelum menaiki bas menuju ke destinasi seterusnya,
kompleks membeli-belah 1Borneo.

Rombongan lawatan tiba di 1Borneo.

Bergambar bersama-sama di hadapan bangunan kompleks membeli-belah 1Borneo.

Aksi posing sebagai tanda kenangan murid-murid PPKI di dalam
bangunan kompleks membeli-belah 1Borneo.









     Walaupun terasa letih dan tiba agak lewat di Sipitang pada akhir program tersebut, semua pihak yang terlibat berasa seronok terutamanya murid-murid PPKI kerana dapat melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah yang tidak pernah mereka kunjungi di Kota Kinabalu sebelum ini. 
     Diharapkan agar pengalaman ini dapat memberikan satu pengalaman yang bermakna dan pengetahuan yang baru serta berguna kepada semua pihak yang terlibat terutamanya di kalangan murid-murid PPKI pada sepanjang lawatan sambil belajar tersebut.

No comments:

Post a Comment