Monday 20 February 2012

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA SK.PEKAN SIPITANG

Pada 2 Julai 2011, beberapa murid PPKI SK.Pekan Sipitang telah terlibat sekaligus menjayakan program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama-sama dengan murid dan warga SK.Pekan Sipitang. Program tersebut bermula seawal jam 7.00 pagi dengan senaman memanaskan badan di dewan terbuka Bestari dan seterusnya larian dimulakan pada jam 7.40 apabila bunyi hon larian dilepaskan oleh Guru Besar SK.Pekan Sipitang, En.Asli Haji Moksin. Larian sejauh 1.5 kilometer merentas kampung di persekitaran SK.Pekan Sipitang itu telah selamat disempurnakan oleh semua warga SK.Pekan Sipitang dengan jayanya.

Matlamat program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia adalah;
1. Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang hayat.
2. Memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid dan warga sekolah.

Objektif Dasar program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
1. Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
2. Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3. Untuk memupuk perpaduan antara kaum
4. Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid

Objektif Larian Serentak 1M 1S
1. Mewujudkan sokongan padu terhadap Dasar 1Murid 1Sukan untuk    melaksanakan program ini dan mendapat catatan terbaru dalam Malaysia  Book of Records melalui pelaksanaan larian serentak teramai di kalangan pelajar

Konsep 1M 1S
1.   Memberi akses kepada semua murid untuk mendapat faedah dari bersukan
2.   Menggunakan sukan sebagai landasan kepada pengukuhan kurikulum  
      kebangsaan
3.   Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan 
      murid dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan

Murid-murid PPKI berhimpun bersama-sama dengan murid-murid aliran perdana di dewan Bestari seawal jam 7.00 pagi.

Murid-murid SK.Pekan Sipitang berhimpun di dewan Bestari mengikut kelas masing-masing.

Sesi memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Guru-guru yang terlibat mengendalikan sesi memanaskan badan.

Guru-guru SK.Pekan Sipitang yang turut melibatkan diri dengan sesi memanaskan badan.

Guru Besar SK.Pekan Sipitang, En.Asli Hj.Moksin juga tidak ketinggalan untuk bersenam bersama-sama dengan warga sekolah yang lain.

Murid bernombor 0086, jersi logo Malaysia...lebarnya senyuman :) 

Cerianya mereka...Ustazah Faridah nun di belakang sana nampak ceria dan bersemangat.

Chicken dance ditarikan bersama untuk menceriakan lagi sesi memanaskan badan pada pagi tersebut.

Ucapan ringkas daripada Guru Besar sebelum aktiviti larian dimulakan.

Semua murid bergerak ke luar kawasan sekolah untuk memulakan larian.



Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penyelia Petang dan Penolong Kanan Kokum bergambar bersama dengan guru-guru SK.Pekan Sipitang.

Ambil gambar dulu...wajah-wajah guru perempuan SK.Pekan Sipitang sebelum memulakan larian.



Berhimpun di luar kawasan sekolah menunggu isyarat daripada Guru Besar sekolah untuk memulakan larian.

Sambil memegang bendera Malaysia, Guru Besar sekolah bersedia untuk melepaskan semua guru, kakitangan dan murid SK.Pekan Sipitang.

Lari sepenuh hati...reaksi daripada semua kakitangan dan murid sekolah selepas isyarat untuk memulakan larian dilepaskan.


Amboi...Sambil berlari sambil pegang air sirap oren dalam botol pula Sazlan (berbaju putih) ni. Bekalan penghilang dahaga ka? Hehehe.
Serba merah...tema pakaian warga SK.Pekan Sipitang sempena larian 1M 1S.





Lari, lari, jangan tidak lari...

Teladan melalui perbuatan...En. Linggam Osman (Penolong Kanan KOKUM) turut sama terlibat dengan warga sekolah bagi menjayakan larian 1M 1S.



Warga SK.Pekan Sipitang meneruskan larian merentasi kampung dan kawasan perumahan.


Bertembung dengan pelajar SMK.Pengiran Omar yang juga terlibat sama dengan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

Lari bersemangat penuh...Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, En.Chontek Pinjam siap berpakaian penuh sukan, malahan menghabiskan larian hingga ke perkarangan sekolah.
Uiseh! Sempat peace lagi cik adik ni dengan jurugambar :) 

Madam Margaret in red and as cheerful as always.

Uinah! Ini lagi mahal..sempat peace sambil ketawa girang lagi. Ini barulah cikgu! 
Tidak aci ni naik motorsikal bertiga. Hehe. 

Lari penuh gaya...Cikgu Hilda dan Razalina (PPM PPKI) seakan-akan berlumba sesama sendiri untuk menghabiskan larian.

Masih mampu tersenyum walaupun agak letih di awal pagi hari.

Cikgu Burn berjalan sambil membawa side mirror motorsikal?

Menunggu ketibaan sambil memberikan semangat kepada peserta larian. Hehe.

Walaupun letih, Cikgu Florina tetap menghabiskan larian sehingga ke perkarangan sekolah.
Bisa gugur jantung melihat senyuman itu...Ustazah Zubaidah yang juga AJK Fotografi sempena larian 1M 1S masih mampu tersenyum, walaupun agak letih berlari bersama-sama dengan warga sekolah lain semata-mata untuk menangkap gambar.

Penat hingga terbaring...reaksi murid-murid SK.Pekan Sipitang selepas menghabiskan larian.

Berpeluh dan agak letih...wakil-wakil murid PPKI, Alyaa, Ateka, Jianah dan Sazlan duduk berehat selepas berjaya menghabiskan larian.

Apa agaknya dibualkan oleh mereka ni :) 

Cikgu Margaret dan Cikgu Burn sedang mengumpulkan nombor-nombor yang dipakai oleh murid untuk acara cabutan bertuah.

Hamper-hamper yang menanti pemenang bagi cabutan bertuah.

Berhimpun sementara menunggu acara yang seterusnya.

Acara cabutan bertuah disampaikan oleh Penyelia Petang, Puan Dk.Rohana Pg.Mohamad kepada pemenang bertuah bernombor 0265.

Giliran Penolong Kanan HEM, Puan Rokiah Hj. Saria mencabut nombor seterusnya. Kita tengok siapa yang kena :) 

Yeayy! Ini dia pemenang bertuah tu. Tidak sia-sia adik berlari jauh-jauh akhirnya dapat hamper lagi. Tahniah adik!

Hamper seterusnya disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En.Chontek Pinjam.




Lambaian semangat warga SK.Pekan Sipitang!



Ucapan penutupan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia SK.Pekan Sipitang disampaikan oleh Penolong Kanan KOKUM, En. Linggam Osman kepada semua warga sekolah.
Sesi bergambar bersama dengan warga sekolah dan ibu bapa SK.Pekan Sipitang yang terlibat dengan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

Walaupun agak sibuk dan terlibat dengan gerai PIBG PPKI sempena Pesta Gata 2011,  guru-guru PPKI  tetap mampu menunaikan tanggungjawab sebagai guru semasa program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia SK.Pekan Sipitang dijalankan.

Secara keseluruhannya program tersebut berjaya memberikan satu pendedahan dan pengalaman baru kepada semua warga SK.Pekan Sipitang. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan untuk kebaikan bersama.


No comments:

Post a Comment