Pada 20 Julai 2011, sekali lagi KOKUM Kelab Bahasa Melayu dilaksanakan di ruang dapur PPKI pada masa dan tempat yang sama. Pada minggu tersebut, semua murid-murid PPKI berpeluang mempelajari tentang ciri-ciri dan cara mengarang serta membaca Pantun Teka-Teki sebagaimana yang diterangkan dengan jelas oleh Cikgu Fauziah Banu iaitu selaku guru penasihat bagi Kelab Bahasa Melayu PPKI.
|
Murid-murid PPKI menyanyikan lagu ABC bersama-sama sebagai pembuka sesi kokum Kelab Bahasa Melayu pada hari tersebut. |
|
Sesi penerangan tentang Pantun kepada murid-murid PPKI oleh Cikgu Fauziah Banu. |
|
Adik Nouvir dengan berani berdiri mempersembahkan pantuan teka-teki dua kerat untuk diperdengarkan kepada guru-guru dan rakan-rakan. |
|
Rakan sekelas Nouvir, Sazlan turut tidak ketinggalan mempersembahkan pantun teka-teki dua kerat yang dihafalnya. |
|
Jianah dan Ateka membaca pantun teka-teki pada persembahan Multimedia. |
|
Murid-murid melakukan aktiviti menulis pantun daWAn mewarna gambarajah pada lembaran kerja yang telah diedarkan. |
No comments:
Post a Comment