Pada minggu keempat bulan Julai 2011, sekali lagi Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengendalikan sesi KOKUM PPKI yang melibatkan semua guru, PPM dan murid-murid PPKI. Pada minggu tersebut, semua ahli BSMM PPKI berpeluang mempelajari tentang Jenis-Jenis Ubat.
Rasional di sebalik mempelajari tentang jenis-jenis ubat di kalangan murid PPKI adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan jelas kepada murid tentang kaedah mengenalpasti ciri-ciri dan cara mengambil ubat yang sesuai.
Semua murid PPKI berdiri bersedia untuk memulakan sesi KOKUM BSMM. |
Murid-murid PPKI menyanyikan lagu BSMM bersama-sama. |
Sesi penerangan tentang jenis-jenis ubat kepada murid-murid PPKI. |
Gambarajah contoh ubat jenis pil ditunjukkan dengan menggunakan persembahan Multimedia. |
Jianah berdiri membaca penerangan ringkas pada persembahan Multimedia. |
Contoh atau sampel ubat jenis pil kepada murid-murid PPKI. |
Contoh atau sampel ubat diedarkan kepada murid untuk dilihat. Untuk dilihat sahaja,ya. Bukan untuk dimakan. |
Menunjukkan sambil menerangkan jenis ubat cecair kepada murid-murid PPKI berdasarkan kepada persembahan Multimedia. |
Murid menyiapkan lembaran kerja dengan menulis dan mewarna gambarajah jenis ubat. |
Bibi sempat tersenyum ke arah kamera...mentang-mentang ada Kakak Aini bantu warnakan gambar. |
Murid-murid kelas Teratai melakukan aktiviti menulis dan mewarna pada lembaran kerja sambil dibantu oleh PPM dan Cikgu Fauziah Banu. |
No comments:
Post a Comment