Tuesday, 22 November 2011

PEMILIHAN ATLET BAGI ZON SELATAN UNTUK WAKIL KE SUKAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2011, 7 APRIL 2011

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi murid-murid yang terpilih dan semua guru-guru PPKI Sipitang terlibat dengan Sukan Olahraga Pendidikan Khas yang diadakan di padang sekolah SMK.Beaufort pada 7 April 2011 (Khamis). Sukan yang di bawah penganjuran kontinjen Beaufort bagi tahun 2011 ini adalah bertujuan untuk memilih atlet yang layak untuk mewakili Zon Selatan pada Sukan Olahraga Pendidikan Khas di Peringkat Negeri pada 18 & 19 April 2011 nanti.

Berbanding pada tahun sebelumnya, jumlah atlet kontinjen Sipitang pada tahun ini bertambah daripada 7 orang atlet (2010) kepada 12 orang atlet apabila 8 orang atlet adalah murid SK.Pekan Sipitang dan 4 orang atlet adalah pelajar SMK.Pengiran Omar. Kontinjen Sipitang pada tahun ini diiringi oleh 4 orang guru dan seorang PPM dari SK.Pekan Sipitang serta 2 orang guru daripada SMK.Pengiran Omar.

Walaupun jumlah atlet yang mampu dihantar untuk berentap di sukan olahraga Pendidikan Khas peringkat Zon Selatan ini adalah sedikit berbanding dengan kontinjen dari Beaufort, Kuala Penyu dan Papar, namun atlet-atlet Kontinjen Sipitang berjaya memberikan saingan sengit sekaligus menunjukkan keyakinan serta semangat tinggi pada setiap acara yang disertai. 

Hasilnya, atlet-atlet yang masih muda ini berjaya menyumbangkan 3 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa melalui acara-acara yang disertai. 



Buku aturcara ~

Bersiap sedia di luar kawasan sekolah sebelum bertolak ke Beaufort.

Double check nama atlet/peserta setiba di padang sekolah SMK.Beaufort.

Aktiviti wajib sebelum acara sukan bermula iaitu memanaskan badan.



Atlet-atlet perempuan Kontinjen Sipitang (Jianah, Ateka, Sohaini & Alyaa)

Aksi Izzat (baju oren) murid sekolah rendah tidak gentar bersaing dengan pelajar sekolah menengah semasa bertanding untuk acara 5000 meter lelaki (terbuka). Walaupun tidak mendapat sebarang pingat, Izzat berjaya menyempurnakan acara tersebut.

Aksi atlet-atlet untuk acara 400 meter lelaki bawah umur 14 tahun.



Pada tahun ini juga, beberapa atlet kontinjen Sipitang juga mencuba nasib dalam acara lompat jauh. Walaupun baru pertama kali menyertai acara ini, Jianah berjaya membawa pulang pingat emas sekaligus melayakkannya menyertai kontinjen Zon Selatan untuk acara lompat jauh bawah 14 tahun pada Sukan Olahraga Peringkat Negeri. 

"Lompat jauh-jauh!" Aksi Jianah semasa acara lompat jauh bawah 14 tahun.

Walaupun tidak membawa sebarang pingat, Fazril mampu memberikan saingan semasa acara lompat jauh bawah 14 tahun yang disertai.
Sambil diperhatikan oleh hakim lompat jauh dan atlet lain, Nasriq memberikan yang terbaik semasa bertanding dengan atlet lain untuk acara lompat jauh. 



Sohaini (baju putih di tengah) dan Alyaa (baju oren di tengah) siap berdiri di lorong masing-masing untuk acara 200 meter perempuan bawah 14 tahun.

Nasriq (baju oren paling hujung) & Izam (baju putih) yang sudah bersedia beradu tenaga dengan atlet pasukan lawan untuk acara  100 meter bawah 14 tahun.

Lariiii!! Laajuuuu!!

Atlet perempuan sedang bergerak ke arena pertandingan untuk acara yang seterusnya.


Suasana dan gelagat atlet-atlet kontinjen Sipitang, Beaufort, Papar & Kuala Penyu sebelum acara lumba lari dimulakan.


Kesemua atlet perempuan yang mewakili kontinjen masing-masing khusyuk mendengar taklimat ringkas sebelum acara 4x100 meter dan 4x200 meter dimulakan.







Sempat posing lagi :) 

Atlet-atlet comel ni sempat berposing lagi sebelum acara seterusnya bermula. 


"Siapa pegang baton, angkat tangan!" 


"Bila suda sampai hujung padang saaaaaanaa, kamu boleh masuk lorong satu."
Atlet-atlet Sipitang sedang fokus mendengar arahan daripada hakim balapan.


Karulazuan (S306) yang sempat tersengih. Confident sangat la tu :)  


Berehat dan makan setelah seharian berjemur di tengah padang.


Cikgu Fridorine dan atlet-atlet yang walaupun penat tetapi masih mampu bergaya untuk sesi bergambar.
Cikgu Fridorine & Cikgu Fauziah Banu dengan atlet-atlet merangkap murid-murid PPKI 
SK.Pekan Sipitang.


Gambar kenangan di hadapan kem kontinjen Sipitang.


Bagi meraikan prestasi baik kontinjen Sipitang, semua guru-guru dan atlet-atlet kontinjen Sipitang sempat singgah sebentar di Restoren Brunei untuk menikmati sate.
*Direkomenkan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Beaufort.
Sirap kasturi dan sate! Sedap!

Sudah rasa mesti nak lagi! Sate di Restoren Sate Brunei 2 yang lazat dan harga pun berpatutan. 
Terima kasih kepada guru-guru SK.Pekan Sipitang yang belanja makan. :) 

Gambar kenangan Kontinjen Sipitang 2011.
 Tahniah dan jutaan terima kasih atas sokongan dan usaha gigih kepada semua pihak yang  terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.



No comments:

Post a Comment