Minggu terbuka PPKI SK.Pekan Sipitang merupakan salah satu program yang dirancang dan dilaksanakan sebagaimana yang telah terkandung dalam takwim tahunan PPKI bagi tahun 2011.
Oleh itu, pada 5 hingga 6 April 2011, PPKI SK.Pekan Sipitang telah melaksanakan minggu terbuka PPKI (peringkat sekolah) yang melibatkan semua guru, PPM dan murid-murid PPKI serta murid tahun 4 aliran perdana.
Program ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu;
- Memperkenalkan dan memberi pendedahan serta penerangan kepada pelajar tahun 4 tentang murid pendidikan khas.
- Mengikis stigma dan pandangan negatif dalam diri pelajar kepada murid di pendidikan khas.
- Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mendekati dan berinteraksi secara langsung dengan murid pendidikan khas.
- Menerapkan dan meningkatkan keyakinan diri serta mengikis rasa malu dan rendah diri yang keterlaluan di kalangan murid pendidikan khas.
- Mengeratkan hubungan di kalangan guru dan murid di aliran perdana dengan guru dan murid pendidikan khas.
No comments:
Post a Comment