Saturday, 3 December 2011

KOKUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) PPKI ~ 4 MEI 2011

KOKUM Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) PPKI sekali lagi dilaksanakan pada 4 Mei 2011 (Rabu) tepat pada jam 11.30 yang bertempat di ruang dapur bangunan PPKI. 

Aktiviti KOKUM BSMM pada minggu tersebut adalah berkaitan dengan penerangan tugas-tugas BSMM di Malaysia dan Palang Merah (Red Cross) di seluruh dunia. 

Semua murid PPKI berdiri tegak semasa menyanyikan lagu BSMM. 



Sesi penerangan tentang tugas-tugas Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah kepada murid-murid PPKI.

Murid-murid Tahap 2 (Cempaka & Mawar) PPKI sedang menulis nama pada buku nota BSMM yang telah diedarkan.

Manakala murid-murid Tahap 1 (Melati & Teratai) melakukan aktiviti mewarna dan menulis pada lembaran kerja yang telah diedarkan di kelas masing-masing.

Murid-murid Tahap 1 kelas Teratai turut tidak ketinggalan menyiapkan tugasan yang telah diberikan walaupun dengan bantuan daripada guru dan PPM.


Murid-murid kelas Cempaka dan Mawar sedang menyalin sejarah Palang Merah pada buku nota yang telah disediakan oleh guru.

Murid-murid PPKI dengan tekun menyalin sejarah BSMM/Palang Merah pada buku nota masing-masing.

Secara keseluruhannya semua murid PPKI memberikan kerjasama yang baik pada sepanjang aktiviti BSMM dijalankan. Malahan, murid-murid PPKI yang telah didedahkan tentang tugas-tugas BSMM melalui sesi penerangan pada awal aktiviti berjaya menyuntik semangat baru dan kesedaran kepada murid-murid PPKI tentang kepentingan sikap bantu-membantu di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.




No comments:

Post a Comment