Monday, 27 February 2012

KOKUM BSMM PPKI~6 JULAI 2011

Pada 6 Julai 2011, KOKUM BSMM dilaksanakan seperti biasa pada masa dan tempat yang sama dihadiri oleh semua murid, guru dan PPM PPKI yang dikendalikan oleh Cikgu Fridorine.

Pada minggu tersebut, semua murid-murid PPKI berpeluang mempelajari tentang Racun dan Keracunan dalam kehidupan harian. Penerangan ringkas yang padat diberikan kepada semua murid PPKI tentang jenis-jenis racun merbahaya yang biasa dilihat dan perlu dielakkan untuk tujuan keselamatan. Pada masa yang sama, semua murid-murid juga diberikan pendedahan tentang cara-cara pengendalian kecemasan terhadap keracunan.

Slaid persembahan Multimedia PowerPoint tentang Racun dan Keracunan.





Menyanyikan lagu BSMM sebelum aktiviti sesi penerangan tentang Racun dan Keracunan dijalankan.


Murid-murid menulis dan mewarna pada lembaran kerja KOKUM BSMM yang diedarkan.

Murid-murid Tahap 2 PPKI menulis nota BSMM pada buku nota masing-masing.

Cikgu Fridorine sedang memerhatikan murid yang sedang menyiapkan nota masing-masing.


No comments:

Post a Comment