Friday, 14 October 2011

SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK.PEKAN SIPITANG

BANGUNAN PPKI SK.PEKAN SIPITANG


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Pekan Sipitang ditubuhkan pada 7hb Januari 2008 yang dikenali sebagai Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) pada awal penubuhannya.

Guru Pendidikan Khas yang pertama mengurus dan mengendalikan PPKI SK.Pekan Sipitang ialah En. Norirwan bin Sujak yang berasal dari Negeri Sembilan (telah berpindah ke SMK.Badin pada tahun 2009) dan En. Mohd. Najib bin Mohd. Shafie yang berasal dari negeri Selangor.

Kelas PPKI yang pertama dibuka adalah terletak di bangunan kilat bersebelahan dengan bilik JQAF. Disebabkan oleh faktor keselamatan, kelas tersebut tidak dapat digunakan dan kelas khas kemudiannya dibuka iaitu dengan mengambilalih bilik RMT bersebelahan dengan surau yang mengambil masa selama dua minggu.

Pada tahun 2008, bangunan konkrit baru Pendidikan Khas telah dibina dan proses berpindah kelas dijalankan pada Februari 2009.

Bilangan murid PPKI SK.Pekan Sipitang pada awal penubuhan adalah seramai 3 orang murid yang mendaftar pada 17hb Januari 2008. Kemudian pada 28hb dan 30hb Januari 2008, 2 orang murid khas telah mendaftar menjadikan jumlah keseluruhan murid di PPKI adalah seramai 9 orang murid. Jumlah murid sentiasa bertambah dan pada awal tahun 2011 jumlah keseluruhan murid adalah seramai 26 orang.

Sehingga pada tahun 2011, empat kelas PPKI telah dibuka bagi menempatkan dan menampung jumlah murid PPKI yang semakin bertambah. Empat kelas tersebut diwujudkan mengikut tahap perkembangan murid iaitu kelas Teratai & Melati (Tahap 1) dan kelas Cempaka & Mawar (Tahap 2). Murid-murid PPKI SK. Pekan Sipitang umumnya mengalami masalah pembelajaran, hiperaktif, hipoaktif,  autisme, Sindrom Down, epilepsi, masalah pertuturan, lewat perkembangan, kurang upaya fizikal dan terencat akal.
Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi SK.Pekan Sipitang terdiri daripada;

Encik Mohd. Najib bin Mohd. Shafie (Jan 2008 hingga sekarang)
Encik Walter AJ (Jan 2009 hingga sekarang)
Puan Fauziah Banu binti Mohd. Hussain (Ogos 2008 hingga sekarang)
Puan Fridorine Jeafry (Jan 2010 hingga sekarang)
Puan Siti Zubaidah binti Ingsa (Jan 2010 hingga sekarang)

* Setelah beroperasi selama 3 tahun lebih, pada 19 September 2011, jumlah guru PPKI SK.Pekan Sipitang bertambah dengan kehadiran Puan Hajijah @ Azizah binti Kassim yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Puan Hajijah merupakan seorang guru berpengalaman yang mengajar di SMK. Padang Berempah, Sipitang sebelum berpindah ke SK.Pekan Sipitang. 

Pembantu pengurusan murid PPKI SK.Pekan Sipitang terdiri daripada;
Cik Razalina binti Muhiman (2009 hingga sekarang)
Puan Noorani binti Rafee   (2011 hingga sekarang)
Puan Sandra Lazarus (2011 hingga sekarang)

No comments:

Post a Comment