Wednesday, 26 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN KRISMAS & HARIJADI MURID PPKI SK.PEKAN SIPITANG (BULAN JANUARI-JUN) 2011



Sejak program Pendidikan Khas di SK.Pekan Sipitang ditubuhkan, sambutan Krismas & Harijadi Murid PPKI secara tradisinya diadakan pada setiap tahun. Oleh itu pada Jumaat, 18 Februari 2011, PPKI SK.Pekan Sipitang telah mengadakan Majlis Sambutan Krismas & Harijadi Murid PPKI yang lahir pada bulan Januari hingga Jun yang melibatkan seramai sembilan orang murid PPKI sebagai penerima hadiah sempena sambutan harijadi pada hari tersebut.

Majlis sambutan seumpama ini diadakan khususnya bagi meraikan seluruh warga Pendidikan Khas di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ibu bapa, guru-guru dan tetamu yang diundang. Pada masa yang sama, sambutan ini juga diadakan untuk memberikan peluang kepada warga Pendidikan Khas agar dapat merasai suasana sambutan pelbagai agama dan kaum serta memupuk sikap hormat-menghormati serta toleransi.

Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan  oleh Guru Besar SK.Pekan Sipitang, En.Asli bin Hj Moksin sekaligus diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah hari lahir kepada murid-murid PPKI.

Acara kemuncak majlis tersebut adalah menyanyikan lagu dan memotong kek harijadi oleh murid PPKI sambil disaksikan oleh ibubapa dan guru-guru serta kakitangan SK.Pekan Sipitang.




Di antara reaksi murid PPKI sebelum acara majlis sambutan bermula.


Amboi..amboi..Santainya dia sampai terbaring-baring gitu...


"Itu macam gambar anak saya," agaknya kata salah seorang ibu murid PPKI yang
hadir pada majlis tersebut.


Tiup belon sambil disaksikan oleh murid-murid PPKI.




Saya dan topi harijadi saya :) 


Bermain dengan rakan dulu sebelum terima hadiah harijadi.


Kek harijadi @ hari lahir - kek Cheese yang sedap.


Cikgu Fauziah Banu posing dengan kek harijadi yang telah siap disediakan. 


Ketibaan ibu bapa murid PPKI yang disambut mesra oleh guru-guru PPKI.


"Peace!" Di antara ibu-ibu murid PPKI yang setia hadir ke setiap majlis harijadi murid PPKI pada setiap tahun.


Ucapan pembukaan majlis sambutan oleh penyelaras PPKI En.Mohd Najib bin Mohd. Shafie.


Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk.Pekan Sipitang, En. Asli bin Haji Moksin.


Comelnya adik ni senyum. Terima kasih kerana sudi hadir dengan mama :) 


Murid beratur sebelum dipanggil untuk menerima hadiah harijadi.


Guru Besar SK.Pekan Sipitang menyampaikan hadiah harijadi kepada adik Adlin yang lahir pada bulan Februari.


Adik Nasriq sempat memandang ke arah kamera sambil menerima hadiah harijadinya.


Sama-sama pakai baju Melayu warna biru. Adik Aiman menerima hadiah harijadinya.


Adik Izzat dan hadiah harijadinya.


Selepas semua penerima hadiah menerima hadiah harijadi, semua murid PPKI berkumpul di hadapan kek untuk acara menyanyikan dan memotong kek harijadi.


Murid-murid PPKI sedang menjamu selera.




Para ibu murid-murid PPKI bersiap-sedia untuk menjamu selera.


Sila menjamu selera ~


Cikgu Najib tolong dukung anak dulu sementara ibunya menjamu selera.


'Peace!" lagi aksi 'peace' dari adik Dewi pula.


Cikgu tolong suap makanan kepada murid PPKI. 

Saturday, 22 October 2011

Topi Harijadi ~


Seperti biasa, setiap tahun murid-murid PPKI SK.Pekan Sipitang meneruskan tradisi menghias dengan melukis dan mewarnakan topi harijadi mereka sendiri sempena sambutan majlis harijadi yang akan diadakan. Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid-murid PPKI untuk melibatkan diri dan merasakan keseronokan pengalaman persiapan sambutan majlis harijadi tersebut.







~ Semoga  majlis sambutan Krismas & Harijadi Murid PPKI SK.Pekan Sipitang yang akan diadakan akan berjalan dengan lancar~

Saturday, 15 October 2011

MESYUARAT AWAL TAHUN PERMUAFAKATAN IBUBAPA & GURU PPKI SK.PEKAN SIPITANG PADA 11 JANUARI 2011

Pada 11 Januari 2011 (Selasa) telah diadakan program perjumpaan bersama dengan pihak pentadbir iaitu En.Chontek Pinjam, Penolong Kanan Pentadbiran SK.Pekan Sipitang yang mewakili Guru Besar, ibu bapa/penjaga dan guru-guru PPKI yang bertempat di Bilik Wawasan SK.Pekan Sipitang yang bermula pada jam 9.00 pagi.
Di antara agenda yang dilaksanakan pada sepanjang perjumpaan tersebut adalah berkaitan dengan takwim PPKI SK.Pekan Sipitang pada sepanjang tahun 2011 serta penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG 2010.



Ketibaan ibu bapa murid PPKI SK.Pekan Sipitang disambut oleh Penyelaras PPKI,Cikgu Mohd.Najib.

Dari kiri En. Sulaiman (Pengerusi PIBG 2010  PPKI SK.Pekan Sipitang), En. Chontek Pinjam (Penolong Kanan Pentadbiran SK.Pekan Sipitang) dan EN. Mohd Najib bin Mohd. Shafie (Penyelaras PPKI SK.Pekan SIpitang)

Ucapan alu-aluan daripada Penolong Kanan Pentadbiran SK.Pekan Sipitang, En.Chontek Pinjam.

Sesi pembentangan takwim PPKI SK.Pekan Sipitang untuk sepanjang tahun 2011 oleh penyelaras PPKI.

Serius dan memberikan perhatian sepenuhnya pada sepanjang mesyuarat.

Guru PPKI SK.Pekan Sipitang, Ustazah Siti Zubaidah & Cikgu Fauziah Banu-orang-orang kuat PPKI SK.Pekan Sipitang. 

Sesi menyampaikan sijil penghargaan kepada ibu bapa.
En.Chontek Pinjam menyampaikan sijil penghargaan  kepada mantan Pengerusi PIBG PPKI 2010.

Bawa anak sekali..salah seorang daripada ibu kepada murid PPKI SK.Pekan Sipitang
tersenyum simpul  menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh En.Chontek Pinjam.



Ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri dan atas sokongan serta kerjasama yang diberikan pada sepanjang perjumpaan tersebut.

OBJEKTIF, VISI, MISI, MOTTO DAN CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK.PEKAN SIPITANG

OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK.PEKAN SIPITANG
v   Memberi ruang kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.
v Mewujudkan persekitaran yang seakan-akan biasa dalam harian mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
v   Membolehkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran menyesuiakan diri dalam semua aspek pendidikan dan kehidupan dari awal.
v    Membuktikan bahawa insan seperti mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan.
v    Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang biasa.

VISI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK.PEKAN SIPITANG
Membentuk insan istimewa yang cemerlang sahsiah, akademik, ko-kurikulum, dan sosial serta menjalani kehidupan kendiri yang positif.

MISI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK.PEKAN SIPITANG
Berusaha membimbing untuk memperkembangkan minda, emosi, dan keselamatan Insan Istimewa dalam pelbagai bidang melalui persepakatan dengan pelbagai pihak.

MOTTO PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK.PEKAN SIPITANG
“Berdikari Dalam Hidup Tanpa Rasa Putus Asa”

CARTA ORGANISASI PPKI SK.PEKAN SIPITANG



Friday, 14 October 2011

SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK.PEKAN SIPITANG

BANGUNAN PPKI SK.PEKAN SIPITANG


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Pekan Sipitang ditubuhkan pada 7hb Januari 2008 yang dikenali sebagai Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) pada awal penubuhannya.

Guru Pendidikan Khas yang pertama mengurus dan mengendalikan PPKI SK.Pekan Sipitang ialah En. Norirwan bin Sujak yang berasal dari Negeri Sembilan (telah berpindah ke SMK.Badin pada tahun 2009) dan En. Mohd. Najib bin Mohd. Shafie yang berasal dari negeri Selangor.

Kelas PPKI yang pertama dibuka adalah terletak di bangunan kilat bersebelahan dengan bilik JQAF. Disebabkan oleh faktor keselamatan, kelas tersebut tidak dapat digunakan dan kelas khas kemudiannya dibuka iaitu dengan mengambilalih bilik RMT bersebelahan dengan surau yang mengambil masa selama dua minggu.

Pada tahun 2008, bangunan konkrit baru Pendidikan Khas telah dibina dan proses berpindah kelas dijalankan pada Februari 2009.

Bilangan murid PPKI SK.Pekan Sipitang pada awal penubuhan adalah seramai 3 orang murid yang mendaftar pada 17hb Januari 2008. Kemudian pada 28hb dan 30hb Januari 2008, 2 orang murid khas telah mendaftar menjadikan jumlah keseluruhan murid di PPKI adalah seramai 9 orang murid. Jumlah murid sentiasa bertambah dan pada awal tahun 2011 jumlah keseluruhan murid adalah seramai 26 orang.

Sehingga pada tahun 2011, empat kelas PPKI telah dibuka bagi menempatkan dan menampung jumlah murid PPKI yang semakin bertambah. Empat kelas tersebut diwujudkan mengikut tahap perkembangan murid iaitu kelas Teratai & Melati (Tahap 1) dan kelas Cempaka & Mawar (Tahap 2). Murid-murid PPKI SK. Pekan Sipitang umumnya mengalami masalah pembelajaran, hiperaktif, hipoaktif,  autisme, Sindrom Down, epilepsi, masalah pertuturan, lewat perkembangan, kurang upaya fizikal dan terencat akal.
Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi SK.Pekan Sipitang terdiri daripada;

Encik Mohd. Najib bin Mohd. Shafie (Jan 2008 hingga sekarang)
Encik Walter AJ (Jan 2009 hingga sekarang)
Puan Fauziah Banu binti Mohd. Hussain (Ogos 2008 hingga sekarang)
Puan Fridorine Jeafry (Jan 2010 hingga sekarang)
Puan Siti Zubaidah binti Ingsa (Jan 2010 hingga sekarang)

* Setelah beroperasi selama 3 tahun lebih, pada 19 September 2011, jumlah guru PPKI SK.Pekan Sipitang bertambah dengan kehadiran Puan Hajijah @ Azizah binti Kassim yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Puan Hajijah merupakan seorang guru berpengalaman yang mengajar di SMK. Padang Berempah, Sipitang sebelum berpindah ke SK.Pekan Sipitang. 

Pembantu pengurusan murid PPKI SK.Pekan Sipitang terdiri daripada;
Cik Razalina binti Muhiman (2009 hingga sekarang)
Puan Noorani binti Rafee   (2011 hingga sekarang)
Puan Sandra Lazarus (2011 hingga sekarang)